Seruan Haji 3 - Madinah

11 Nov 2007 @ 6.00 pagi

Alhamdulillah sekali lagi dapat ku berpeluang mengunjungi makam Rasulullah di Masjidil Nabawi, Madinah Al-Munawarrah sebelum Solat Subuh. Pada hari ini pengunjung di Masjid Nabi ini masih lagi belum ramai dan aku masih berpeluang masuk ke Raudah dan mengunjungi Makam Rasulullah dengan selesa.

Walaupun perjalanan semalam dari Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan jarak perjalanan 450 km amat meletihkan tambahan pula hampir 48 jam tidak dapat tidur yang sempurna namun kepenatan terubat jua dengan 'mengunjungi' Baginda s.a.w..


No comments: