Kembalinya Seorang Sahabat Ke Rahmatullah

7 Nov 2007 @ 7.00 pagi - Hari yang amat mendukacitakan di mana seorang sahabat dan rakan seperjuangan telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham Ahmad Fadli Bin Alias telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun di rumahnya di Selayang dihadapan isteri dan tiga orang anaknya kerana serangan jantung.

Perkarangan Institut Foriensik HKL yang dipenuhi oleh warga HKL sendiri khususnya rakan-rakan seperjuangan amat muram dan sayu semasa menunggu post mortem dan urusan menandi dan menkafan. Suasana bertambah pilu takkala anak lelaki yang berusia 3 tahun dan dua orang lagi (kembar) berusia 7 bulan yang tidak tahu apa-apa menatap dan mencium pipi arwah bapanya.

Jenazah kemudiaanya disembahyangkan di Masjid As-Syifa HKL selepas solat zohor dan seterusnya dihantar ke kampung halamannya di Kemaman, Terengganu untuk disemadikan.

Hanya Al-Fatihah dapat ku hadiahkan. Semoha Roh Allahyarham Ahmad Fadli Alias ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-fatihah ...

No comments: