Reseller Ebook Hanya RM10 Di Sini

Kelebihan Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah


Doa akhir tahun


Doa akhir tahun

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Apa khabar? Saya harap anda sihat di samping keluarga.

Bulan Ramadan menjelma lagi. Ini menandakan bermulanya pesta ibadah umat islam untuk tahun ini. Berpuasa di siang hari dan bermunajat di malam hari merupakan perkara yang akan dilakukan oleh umat islam sepanjang bulan ramadan yang mubarak ini.

Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah taala atas kebaikan dan amal yang kita lakukan pada bulan ini akan digandakan berbanding bulan-bulan yang lain.

Tak dilupakan juga dunia sekarang sedang dilanda wabak H1N1. Negara kita juga mengalami masalah yang sama. Semoga kita semua dilindungi tuhan dari penyakit ini.

Jadi di bulan Ramadan ini kita bukan sahaja menghadapi dugaan atas lapar,dahaga serta perkara yang mengurangkan pahala puasa tapi juga perlu menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Pernahkan Rosbira mendengar lagu harapan Ramadan nyanyian Man Bai suatu ketika dulu? Semoga lagu ini dapat memberi suatu harapan baru buat kita sempena Ramadhan ini.



Sempena bermulanya Bulan Ramadan ini, ingin saya mengucapkan selamat menyambut ramadan mubarak. Semoga amalan kita di bulan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

1 Ramadhan 1430H

Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009

Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pembaca. Sempena dengan tahun baru 1430H dan 2009 ini, kita perlu menanamkan azam dan memperbaiki / review azam sedia ada atau azam yang telah kita tanamkan sebelum ini sama ada telah tercapai ataupun tidak. Sekiranya telah tercapai, adakah ianya benar-benar memuaskan hati kita …. adalah kita ingin berada di takuk yang lama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas …

Fikir-fikirkan ….

Aidil Adha 1429H

Insya Allah setiap kali menjelang Aidil Adha aku akan beraya di samping ibubapa dan keluarga tersayangku kecuali sekiranya terdapat urusan-urusan lain yang tidak memungkinkan aku pulang ke kampung halaman.

Aidil Adha kali ini sekali lagi aku kembali ke kampung halaman setelah dua Aidil Adha yang lalu aku berada di bumi ambia berkhidmat kepada tetamu-tetamu Allah serta menunaikan fardhu kelima.

Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang yang panjang selama 12 jam dan amat membosankan disebabkan kerosakan kenderaan serta kesesakan lalulintas dalam keadaan hujan yang berterusan dan musim banjir, namun tetap ku tempuhi jua bersama mertua yang ingin beraya bersama ibubapaku buat kali dan pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halamanku setelah hampir sepuluh tahun aku mendirikan rumahtangga ....

Walaupun dalam kegawatan ekonomi, raya tahun ini acara korban tetap ku jalankan ...




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H



Bersempena hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada seluruh umat Islam terutama sekali kepada rakan - rakan tak kira di mana saja berada.

Saya ingin memohon maaf jika selama kita berurusan ini, ada terkasar atau terlanjur kata, atau ada salah dan silap tanpa saya sedari yang telah menguris perasaan anda.

Semoga di Hari Raya ini, rakan - rakan sekalian akan bergembira di samping keluarga tercinta. Kepada yang memandu berhari raya di kampung, Berhati-hati di jalan Raya. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Ramadhan Al-Mubarak 1429H

31 Ogos 2008










Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk meninjau proses melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan puasa di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Turut hadir ke majlis pada hari ini adalah TYT Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam serta beberapa orang pembesar negeri.
Di sini saya dapat melihat dengan lebih jelas lagi proses melihat anak bulan menggunakan telescope khas bagi proses tersebut. Namun begitu di sini anak bulan tidak dapat dikesan kerana dilindungi oleh awan walaupun anak bulan dikatakan muncul dengan agak lama iaitu selama 21 minit.
Di kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah swt di bulan yang mulian ini.

Seruan Haji

Klik sini Gambar-gambar aktiviti di Tanah Suci
http://rosbira.fotopages.com

Seruan Haji 5 - Mekah

15 Nov 2007

Alhamdulillah setelah beberapa hari di Madinah, saya dan rombongan kembali semula ke Mekah Al Mukarramah untuk bertugas di sini pula setelah 'mengunjungi' Rasulillah.